Thursday, 29 September 2011

Nilai - nilai murni( Komputer dalam Pendidikan )

Untuk kelas Komputer Dalam Pendidikan pada hari isnin jam 2 ptg bertarikh 25.09.2011 Puan Aidah Abdul Karim banyak membincangkan tentang nilai-nilai murni dalam bertutur dan juga dalam pergaulan seharian. Sehubungan itu pelajar dapat mengaplikasikan teknik dan cara pergaulan di dalam kelas ini untuk masa akan datang. Nilai-nilai murni ini dapat juga di bawa ke dalam dunia kerjaya bagi mencerminkan peribadi kita yang telah diterapkan oleh pensyarah. Persekitran kelas perlu mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk pelajar yang pelbagai karenah. Oleh itu ianya juga turut menambah nilai sivik yang menjadi nadi bagi menghidupkan suasana pembelajaran yang efektif dan teratur. Puan  Aidah ada memberitahu kami supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain, sayang menyayangi dan juga bersikap tolenrasi dalam pergaulan kami seharian. Kesimpulanya kita dapat menjadikan suasana pembelajaran seharian lebih ceria dan penuh harmoni.